Search This Blog

Imbuhan Pinjaman

       Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
  Awalan  maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:
Maha_
Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti

    Awalan tata - :  yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem
Tata -
Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:
-wan
Maksud
Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan
Berharta , kaya
Karyawan
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.
Olahragawan
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawan
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.
Rupawan
Perempuan yang cantik.


sejarawan
Ahli sejarah
Sukarelawan
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Usahawan
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.
Wartawan
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.
     
Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:
-          man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli  Contoh:
-          wati
Maksud
Olahragawati
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akhiran  - itabermaksud wanita. Contoh:
-ita
Maksud
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.

Unit 3: Ikatan Kasih Keluarga




Nilai Murni: Hemah tinggi
                    : Kesyukuran
                    : Rasional
                    : Kasih Sayang

Unit 2: Kunjungan Mesra

Mendengar dan Bertutur
Kisah Nenek 婆婆的故事


Soon Keat: Baiklah, ayah. Pada pukul 3.00 petang, saya perlu membuat kerja sekolah. Pada pukul 5.00 petang, saya perlu menyiram pokok. Saya juga perlu pastikan pintu rumah dan pintu pagar berkunci.

Wei Wei: Baiklah, ayah. Pada pukul 7.00 malam nanti, saya akan memetik suis lampu pagar. Kemudian, saya akan siapkan kerja sekolah. Pada pukul 10.30 malam, saya akan tidur.

Nilai Murni: Hemah tinggi

Membaca
Sayangi Nenek 疼爱婆婆

Nilai Murni: Baik hati

Menulis
Berbakti kepada Nenek 为婆婆付出


Nilai Murni: Baik hati

Tatabahasa
Mesranya Layanan亲切的照料/对待


Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi(abstrak)
Contoh: rumah, padang, jalan, senyuman, hembusan, bayangan

Keluarga Soon Keat menziarahi nenek di Hospital Metro KL.

1. Jururawat menatang ubat kepada nenek sambil memberi senyuman yang manis.
2. Doktor memberitahu keadaan neneknya kepada ibu bapa Soon Keat.
3. Ibu bapa Soon Keat berasa lega dengan melepaskan hembusan selepas mendengar keterangan doktor.

Nilai Murni: Hormat-menghormati


Unit 1: Hubungan yang Erat 密切的关系

Mendengar dan Bertutur
Saling Berkunjung互相拜訪


Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat Aktif: Chee Meng bermain bola sepak di padang.
Ayat Pasif: Bola sepak dimain oleh Chee Meng di padang.


Ayat Aktif
1. Kita boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan menziarahi anggota keluarga.
2. Wah, datuk dan nenek bertuah kerana kamu rajin menziarahi kami!

Ayat Pasif
1. Mereka tentu berasa amat gembira jika diziarahi.
2. Oh, alangkah bahagianya apabila kita dikasihi!

1. mengeratkan
2. hubungan
3. menziarahi
4. anggota keluarga
5. tentu
6. amat
7. alangkah
8. bahagia
9. ulang
10.bertuah
11. kerap

Nilai Murni: Kasih Sayang

Membaca
Cerita Datuk公公的故事


Jawab pernyataan
S1. Jelaskan tujuan berziarah.
J1. Tujuan berziarah ialah cara untuk menunjukkan tatasusila kita kepada orang yang dikasihi.

S2. Nyatakan maksud perkataan "pancaindera".
J2. Pancaindera bermaksud deria.

S3. Terangkan kebaikan maharaja dan maharani.
J3. Kebaikan maharaja dan maharani ialah mereka mempunyai hati yang amat mulia seperti menghulurkan bantuan kepada pasangan suami isteri yang miskin.

S4. Cadangkan tajuk bagi ceri-ta yang disampaikan oleh datuk.
J4. Cadangan saya bagi tajuk cerita yang disampaikan oleh datuk ialah "Maharaja dan maharani yang budiman".

Imbuhan Pinjaman -selanjutnya..
Awalan
maharaja, maharani

Akhiran
budiman, dermawan, jelitawan

Nilai Murni: Kasih Sayang


Menulis
Syair Kasih Sejati
Nilai Murni: Kasih Sayang


Seni Bahasa
Mulianya Hati高尚的心
Simpulan Bahasa

  1. gulung tikar  = 倒闭
  2. mata pencarian = 生计,工作
  3. berputus asa = 无望的,绝望的
  4. cari jalan = 寻找解决问题的方法
  5. ada hajat
  6. bermurah hati = 慷慨的,仁慈的,亲切的
  7. putih hati = 诚实,仁慈



Nilai Murni: Kasih Sayang

Bahasa Malaysia - Tahun 5

Tema 1 ZIARAH KELUARGA
              UNIT 1   : Hubungan yang Erat
              UNIT 2   : Kunjungan Mesra
              UNIT 3   : Ikatan Kasih Keluarga

Tema 2 SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
              UNIT 4   : Amalan Sepakat
              UNIT 5   : Bulat Kata kerana Muafakat
              UNIT 6   : Bersatu Pasti Berjaya

Tema 3 KEHIDUPAN YANG BERKUALITI
              UNIT 7   : Mencintai Kebersihan
              UNIT 8   : Rehat yang Berkualiti
              UNIT 9   : Nilai Kesihatan

Tema 4 PATUHI ARAHAN DAN PERATURAN
              UNIT 10   : Usah Leka
              UNIT 11   : Lihat dan Fikir
              UNIT 12   : Kecuaian Membawa Padah

Tema 5 HORMATI KOMUNITI
              UNIT 13   : Kenali dan Fahami
              UNIT 14   : Berganding Bahu
              UNIT 15   : Bersatu Padu

Tema 6 MENGHARGAI BUDAYA BANGSA
              UNIT 16   : Budaya Kita
              UNIT 17   : Seni Tulisan
              UNIT 18   : Cantiknya Objek Budaya

Tema 7 NUSA DAN BANGSA
              UNIT 19   : "Di Mana Bumi Kupijak, Di Situ Langit Kujunjung"
              UNIT 20   : Demi Negara
              UNIT 21   : Jasa

Tema 8 BERDAYA MAJU
              UNIT 22   : Keperluan Sains
              UNIT 23   : Teknologi dalam Kehidupan
              UNIT 24   : Minda Kreatif

Tema 9 ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
              UNIT 25   : Kelestarian Alam
              UNIT 26   : Rimba di Kota
              UNIT 27   : Mengurus Sisa Pepejal

Tema 10 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
              UNIT 28   : Kembara Tani
              UNIT 29   : Berkebun di Rumah
              UNIT 30   : Penternak Muda

Tema 11 BERDIKARI
              UNIT 31   : Kedai Koperasi Taman Sepadu
              UNIT 32   : Hargai Usaha
              UNIT 33   : Budaya Menyimpan

写作文可以用到的国语谚语


1.有关 isu kemalangan jalan raya
-malang tidak berbau
-bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat
-pandu cermat jiwa selamat
-sediakan payung sebelum hujan
-mencegah lebih baik daripada mengubati
-sudah terhantuk baru tengadah
-sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
-nasi sudah menjadi bubur

2.有关 isu masalah sosial

-buah mulut
-jika melentur buluhbiarlah dari rebungnya
-bapa borek anak rintik
-anak ibarat sehelai kain yang putih ,ibu bapa yang mencorakkan
-pemuda harapan negara pemudi tiang negara
-ibu bapa sebagai role model
-bagai menatang minyak yang penuh
-bagai cendawan tumbuh selepas hujan
-nasi sudah menjadi bubur
-bersatu kita teguh bercerai kita roboh
-bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat
-bagaiman acuan begitulah kuihnya
-hendak seribu daya ,tidak hendak seribu dalih
-remaja tonggak negara
-bagai cendawan tumbuh selepas hujan
-sesal dahulu pendapatan ,sesal kemudian tidak berguna
-terpampang di dada akhbar
-berfoya-foya dan berpelesiran 游手好闲
-nasihat ibu bapa bagi mencurahkan air di daun keladi
-bersikap melepaskan batuk di tangga

3.有关 isu semangat patriotisme 

-biar putih tulang jangan putih mata
-bergadai nyawa
-bersatu kita teguh bercerai kita roboh
-pemuda harapan negara pemudi tiang negara
-pemuda aset negara
-di mana langit dipijak ,di situ langit dijunjung
-ke bukit sama didaki ,ke lurah sama dituruni
-hujan emas di negeri orang ,hujan batu di negeri sendiri ,baiklah negeri sendiri
-duri dalam daging
-bagai kacang lupakan kulit

4. 有关 isu semangat kejiranan

- bagai isi denagan kuku
-seperti aur dengan tebing
-berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
-muafakat membawa berkat
-seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
-bersatu kita teguh bercerai kita roboh
-tak kenal tak cinta
-sepakat kita kuat ,berpecah kita rebah
-berat mata memandang berat lagi bahu memikul

5.isu sektor pelancongan

-duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi平起平坐
-sambil menyelam sambil minum air
-jauh perjalanan luas pemandangan
-kempen cuti-cuti malaysia

6.isu kegiatan kokurikulum

-mencungkil bakat kepimpinan
-berat sama dipikul,ringan sama dijinjing公平
-bagai aur dengan tebing
-muafakat membawa berkat
-ke bukit sama , ke lurah sama dituruni
-berganding bahu 合作

Tahun 6 - Karangan 1

Tuliskan pendapat kamu tentang ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.


Contoh Jawapan:

     Setiap pelajar  inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Walaupun begitu, tidak ramai yang berjaya mencapainya.

     Untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukanlah sesuatu yang sukar. Kita perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberikan perhatian sewaktu guru mengajar dan jangan segan bertanya kepada guru.

     Selain itu, kita mestilah membuat semua latihan yang diberikan oleh guru. Latihan yang diberikan itu mestilah dibuat dengan baik dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

     Kita juga mesti membuat jadual harian untuk menentukan masa belajar, membuat kerja sekolah, bermain, menonton televisyen dan sebagainya. Jadual ini penting untuk mengelak daripada membuang masa begitu sahaja.

     Makanan seimbang juga sangat penting kepada kita. Jauhilah daripada memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan. Otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas dan sihat.

     Akhirnya sekali, kita mestilah menghormati ibu bapa dan guru kita. Budi bahasa perlulah kita jaga agar tidak mengguris hati dan perasaan mereka. Taati dan patuhi segala nasihat yang diberikan.

(150 patah perkataan)