Search This Blog

Tahun 6 - Karangan 1

Tuliskan pendapat kamu tentang ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.


Contoh Jawapan:

     Setiap pelajar  inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Walaupun begitu, tidak ramai yang berjaya mencapainya.

     Untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukanlah sesuatu yang sukar. Kita perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberikan perhatian sewaktu guru mengajar dan jangan segan bertanya kepada guru.

     Selain itu, kita mestilah membuat semua latihan yang diberikan oleh guru. Latihan yang diberikan itu mestilah dibuat dengan baik dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

     Kita juga mesti membuat jadual harian untuk menentukan masa belajar, membuat kerja sekolah, bermain, menonton televisyen dan sebagainya. Jadual ini penting untuk mengelak daripada membuang masa begitu sahaja.

     Makanan seimbang juga sangat penting kepada kita. Jauhilah daripada memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan. Otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas dan sihat.

     Akhirnya sekali, kita mestilah menghormati ibu bapa dan guru kita. Budi bahasa perlulah kita jaga agar tidak mengguris hati dan perasaan mereka. Taati dan patuhi segala nasihat yang diberikan.

(150 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment