Search This Blog

Karangan Set 1 Soalan 2

Set 1 Soalan 2


Semasa cuti sekolah yang lalu, kamu telah menyertai gotong-royong membersihkan taman permainan di taman perumahan kamu.


Ahad, 8 Februari 2019
8.30 pagi
Penduduk Taman Murni berkumpul di taman permainan. Hari ini kami akan bergotong-royong membersihkan taman permainan. Kami membawa peralatan yang diperlukan masing-masing.


9.00 pagi
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Murni memberikan taklimat ringkas. Beliau membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan yang ditugaskan untuk mengutip sampah, membaiki alat permainan yang rosak, mengecat palang besi dan lain-lain. 


9.30 pagi
Kami mula menjalankan tugas yang telah diagihkan. Setiap anggota kumpulan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Saya membantu ayah mengecat palang besi.


12.00 tengah hari
Apabila aktiviti gotong-royong selesai, kami mengumpulkan semua peralatan yang telah digunakan. Kami berasa sangat berpuas hati apabila melihat keadaan taman permainan yang semakin bersih dan ceria.


12.30 tengah hari
Kaum wanita bertungkus lumus menyediakan juadah untuk kami. Mereka menyediakan mi goreng dan kuih-muih. Beberapa orang kanak-kanak perempuan pula membantu kaum wanita menghidangkan makanan.


1.00 tengah hari
Kami makan sambil berbual-bual. Pengerusi Persatuan Pendudukan Taman Murni mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat. Beliau berasa sangat bangga kerana sikap penduduk taman yang sangat prihatin terhadap kebersihan kawasan persekitaran.

No comments:

Post a Comment