Search This Blog

Bahagian A - bina ayat 1 (Tahun 4)

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti di sebuah kelas.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut. 



Bina Ayat 1


Rangka 

  • mengalas meja guru
  • menyapu sampah
  • menyusun meja dan kerusi
  • mengemas buku-buku
  • menggantung langsir

Contoh ayat:

1.   Samantha menyapu sampah supaya kelasnya bersih.

 

2.   Hock Chai dan Ravi menyusun meja dan kerusi supaya kelihatan teratur dan kemas.

 

3.   Juliana mengemas buku-buku yang berselerak di dalam almari.

 

4.   John menolong Ken Chun menggantung langsir pada tingkap  kelas mereka.


5.   Meili mengalas meja guru yang terdapat di hadapan kelas dengan sehelai kain yang cantik.


No comments:

Post a Comment