Search This Blog

Karangan Set 1 Soalan 1

Bahagian C - Karangan


Set 1 Soalan 1


Sekolah kamu telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan bercerita peringkat Daerah. Ceritakan suasana semasa pertandingan tersebut.


Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan bercerita peringkat daerah. Pertandingan itu diadakan di dewan sekolah.


Cikgu Lim telah ditugaskan untuk mengemas dewan. Saya dan rakan-rakan membantu Cikgu Lim menghiaskan pentas dan memasang kain rentang. Beberapa orang murid lelaki pula menyusun meja dan kerusi di dewan.


Sebelum pertandingan bermula, para peserta mendaftarkan nama mereka di kaunter pendaftaran. Selepas itu, mereka duduk di bangku khas. Beberapa orang peserta mencuba untuk menghafal cerita mereka. Murid-murid pula mula masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan pertandingan tersebut.


Setiap peserta menyampaikan cerita mereka dengan lancarnya. Para penonton bertepuk tangan selepas mendengar cerita yang disampaikan. Suasana di dalam dewan sangat meriah dengan tepukan penonton.


Murid-murid dihiburkan dengan persembahan nyanyian sementara menunggu keputusan daripada pihak juri. Semua murid terhibur dengan persembahan nyanyian itu. Para peserta pula berdebar-debar menunggu keputusan daripada juri.


Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Beliau mengucapkan tahniah kepada mereka. Beliau juga berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah untuk pertandingan bercerita peringkat daerah pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment