Set 2 Soalan 2
Pada hujung minggu yang lalu, kamu mengikut ibu bapa kamu membeli barang-barang keperluan harian. Tulis catatan semasa membeli-belah tersebut.
Sabtu, 10 Mac 2019
10.00 pagi
Ibu dan ayah mengajak saya ke sebuah pusat beli-belah yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Ibu mahu membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain. Sebelum keluar dari rumah, ayah memastikan semua pintu telah dikunci.
10.15 pagi
Kami pergi ke pusat beli-belah dengan menaiki kereta. Setelah 15 minit perjalanan, kami tiba di pusat beli-belah itu. Ayah memarkir kereta di tempat parkir yang disediakan. Kami masuk ke pusat beli-belah itu.
10.30 pagi
Ibu memilih barang-barang yang diperlukan manakala ayah pula menolak troli dengan perlahan-lahan. Ibu meneliti tarikh luput pada kotak dan tin makanan. Ibu ingin memastikan barang-barang yang dipilih tidak melebihi tarikh luputnya. Selepas itu, saya membantu ibu meletakkan barang-barang tersebut ke dalam troli dengan cermatnya.
11.30 pagi
Kami beratur di kaunter pembayaran untuk membuat bayaran. Banyak orang membeli-belah pada hari tersebut. Ayah menghulurkan wang kepada juruwang. Saya membantu ayah memasukkan barang-barang tersebut ke dalam beg yang kami bawa dari rumah.
12.30 tengah hari
Kami makan tengah hari di sebuah kedai makan yang terdapat di dalam pusat beli-belah tersebut. Saya dan ibu makan nasi ayam. Ayah pula makan nasi campur. Makanan di kedai makan itu sangat sedap. Banyak pelanggan makan di kedai makan itu.
1.00 tengah hari
Kami pulang ke rumah. Ayah memandu kereta dengan hati-hati kerana jalan raya agak sesak. Saya berasa sangat gembira sekali kerana dapat mengikut ibu dan ayah membeli-belah.
No comments:
Post a Comment