Set 3 Soalan 1
Kamu telah mewakili sekolah kamu dalam pertandingan koir peringkat daerah. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai pertandingan tersebut.
Pada minggu yang lalu, saya telah mewakili sekolah dalam pertandingan koir peringkat daerah. Pertandingan koir itu diadakan di sebuah sekolah yang terletak agak jauh dari sekolah kami. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk memilih wakil peringkat daerah ke peringkat negeri.
Kami berlatih dengan giatnya pada waktu petang. Cikgu Amira dan Cikgu Janice telah melatih kami pada setiap hari. Kami berazam untuk melakukan persembahan yang terbaik bagi mengharumkan nama sekolah.
Semasa hari pertandingan, kami agak gementar kerana peserta daripada pihak lawan tidak kurang hebatnya. Kami ditenangkan oleh Cikgu Amira dan Cikgu Janice. Cikgu Amira dan Cikgu Janice sentiasa memberikan kata-kata perangsang kepada kami.
Semasa membuat persembahan, kami menyanyi dengan penuh bersemangat. Kami dapat membuat persembahan tanpa melakukan sebarang kesilapan. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh selepas kami selesai membuat persembahan.
Kami berasa lega setelah selesai melakukan persembahan tersebut. Kami berasa berdebar-debar untuk menunggu keputusan yang akan diumumkan sebentar lagi. Namun begitu, kami yakin bahawa kumpulan kami akan berjaya dalam pertandingan itu.
Akhirnya, juruacara majlis mengumumkan pemenang pertandingan koir. Sekolah kami telah berjaya menjadi johan peringkat daerah. Cikgu Amira dan Cikgu Janice mengucapkan tahniah kepada kami. Kami berasa sangat gembira kerana usaha kami telah membuahkan hasil.
No comments:
Post a Comment