Kata Ganda Seluruh
1) Digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya
Contoh bunga – bunga-bungaan
2) mesti diberi tanda sempang (-)
3) menyatakan makna
a) Jamak atau banyak Contoh buku-buku, batu-batu, bintang-bintang
b) Tunggal atau satu Contoh anai-anai, oleh-oleh
c) Banyak yang bersifat Contoh mahal-mahal, murah-murah, merah-merah
d) Menguatkan keterangan Contoh sunguh-sungguh, baik-baik
Senarai Kata Ganda Seluruh
Jenis
|
Kata Ganda Seluruh
|
Contoh
|
Kata Nama
|
Anai-anai, gula,gula, mata-mata, rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labah-labah, laying-layang
|
a) Labah-labah itu sedang membuat sarang
b) Layang-layang terbang tinggi
|
Kata Adjektif
|
Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal
|
c) Rumah disitu besar-besar
d) Makanan itu enak-enak
|
Kata Kerja
|
Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur
|
e) Abang baring-baring selepas makan
|
Kata Keterangan
|
Betul-betul, erat-erat, hampir-hampir, jarang-jarang, pagi-pagi, malanm-malam, renyai-renyai
|
f) Pagi-pagi ibu sudah bangun
g) Hujan turn renyai-renyai
|
Kata Nama Terbitan
|
Pemberita-pemberita, soalan-soalan
|
h) Pemberita-pemberita berkumpul didewan persidangan semasa kerajaan mengadakan persidangan
|
Kata Ganda Separa
1) Terbentuk dengan cara menyingkatkan bahagian pertama daripada kata ganda selurih
2) Menyataka makna
a) Jamak atau banyak Contoh dedaun, geguli
b) Tunggal atau satu Contoh lelabu, pepijat
c) Menyerupai sesuatu Contoh kekuda, bebola, sesiku
Senarai Kata Ganda Separa
Senarai Kata Ganda Separa
|
Contoh
|
Bebalai,bebarau,bebawang,bebenang,
bebola,bebotok,bebuli,bebuluh, cecair,cecawi,cecekak,dedali,dedalu, dedamak,dedaru,dedawai,dedaun,dedaup, gegasing,gegendang,jejaka,jejala,jejamong, jejamu,jejari,jejentik,jejuang,kekabu, kekacang,kekapas,kekara,kekepuk ,kekili,kekisi,kekunci,lelabah,lelabu,lelabi, lelada,lelaki,lelayang,leletup,lelumba,memaya, pepanggil,peparu,pepejal,peperam,pepenjuru, pepijat,pepuyu,rerambut,reriang,reribu,reruku, sesagin,sesekat,sesendal,sesendi,sesentih,sesiku, sesumpit,sesungut,tetamu,tetangga,tetuang,tetuban, tetulang,tetupai,tetambak,tetingkat |
a) Pepatung itu hinggap di batang kayu
b) Komputer itu tidak boleh digunakan kerana tetikusnya rosak
c) Mereka bermain lelayang di padang
d) Lelangit abang berdarah kerana tertusuk tulang
|
Kata Ganda Bersajak
1) Kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima)
a) Di pangkal – Contoh: batu-batan, lalu-lalang, keluh-kesah
b) Di Hujung – Contoh: kuih-muih, comot-momot, segar-bugar
c) Seluruhnya – Contoh: kusut-masai, rumput-rampai, huru-hara
2) Kata ganda bersajak mesti disertai tanda sempang (-)
Senarai Kata Ganda Bersajak
Persamaan Bunyi
|
Kata Ganda Bersajak
|
Contoh
|
Di pangkal
|
Bengkang-bengkok, degap-degup, gerak-geri, dentam-dentum, desas-desus, gembar-gembur, jongkang-jongket, kayu-kayan, keluh-kesah, kembang-kempis, kenduri-kendara, lalu-lalang, lekak-lekuk, mandi-manda, remuk-redam, serda-serbi, sedu-sedan, sorak-sorai, tanah-tanih, beli-belah, corat-coret
|
a) Gerak-geri mereka sudah lama diperhati oleh pihak polis
b) Sorak-sorai orang ramai kendengaran apabila beliau selesai berucap
c) Ramai orang yang lalu-lalang di jalan ini apabila musim perayaan
d) Ada desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan
e) Mereka mandi-manda di kawasan sungai itu
|
Di hujung
|
Awan-gemawan, calar-balar, carut-marut, cerai-berai, comot-momot, cirit-birit, gilang-gemilang, kaya-raya, karut-marut, kuih-muih, lauk-pauk, pindah-randah, punah-ranah, ramah-tamah, saki-baki, sayur-mayur, segar-bugar, serta-merta, terang-benderang, tunggang-lalang, turun-temurun, anak-pinak. Warna-warni, gelap-gelita
|
f) Buah-buahan yang baru dipetik itu segar-bugar belaka
g) Adik-beradiknya ramah-tamah belaka
h) Kuih-muih itu sedap-sedap balaka
i) Cerita karut-marut itu hanya untuk menakutkan orang
|
Seluruhnya
|
Beras-petas, bolak-balik, compang-camping, dolak-dalih, gopoh-gapah, gunung-ganang, bukit-bukau, gundah-gulana, hari-biru, hiruk-pikuk, huyung-hayang, kacau-bilau, kusut-masai, kumat-kamit, lambat-laun, lintang-pukang, mundar-mandir, pontang-panting, porak-peranda, rempah-ratus, riuh-rendah, rumput-rampai, suku-sakat, sunyi-sepi, tindak-tanduk, ulang-alik, huru-hara, tungkus-lumus, saudara-mara, kejar-mengejar, tawar-menawar, kata-mengata, semak-samun
|
j) Rempah-ratus diperlukan untuk memasak nasi tomato
k) Mulut ibu kumat-kamit membaca doa
l) Perasaan Ali Gundah-gulana setelah gagal dalam peperiksaan
m) Abangh ulang-alik ke pejabat dengan menunggang motosikal
n) Ali gopoh-gapah berlari ke sekolah setelah bangun lewat
|
Kata Ganda Berimbuhan
1) Kata ganda yang diberi imbuhan
2) Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sempang (-)
3) Boleh diletakkan
a) Di awal
b) Di akhir
c) Di awal dan di akhir (apitan)
d) Di tengah sebagai sisipan
Senarai Kata Ganda Berimbuhan
Persamaan Bunyi
|
Kata Ganda Bersajak
|
Contoh
|
Awalan
|
Berangan-angan, berbaik-baik, berbual-bual, berderet-deret, berduyun-duyun, berlari-lari, berlumba-lumba, berhati-hati-bertukar-tukar, berturut-turut, melihat-lihat, meminta-minta, memicit-micit, menyebut-nyebut, menari-nari, mengiau-giau, terburu-buru, tergagap-gagap, tergesa-gesa, terkelip-kelip, terikut-ikut, tersenyum-ssenyum, terbahak-bahak, tertanya-tanya, tercengang-cengang, terkaku-kaku
|
a) Adik ketawa terbahak-bahak apabila menonton program Raja Lawak itu
b) Dalam perbincangan ini, murid-murid berpeluang bertukar-tukar pendapat
c) Puan Aminah memicit-micit kepalanya yang sakit
d) Lampu pelita itu terkelip-kelip lalu padam
e) Hujan lebat turun selama dua hari berturut-turut
|
Akhiran
|
Besar-besaran, baru-baruan, biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, harum-haruman, wangi-wangian, hidup-hidupan, kaya-kayuan, kecil-kecilan, mudah-mudahan, orang-orangan, rupa-rupanya, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan, ubat-ubatan, puji-pujian, rumah-rumahan, bau-bauan
|
f) Bunga-bungaan di taman itu cantik-cantik
g) Wanita itu membeli sayur-sayuran di pasar pagi
h) Gudang itu mengadakan jualan secara bwesar-besaran
i) Abang menjual pelbagai barang keperluan secara kecil-kecilan
|
Apitan
|
Bersalam-salaman, bertolak-tolakan, berkejar-kejaran, berlari-larian, dahulu-mendahului, faham-memahami, harap-mengharapkan, hormat-menghormati, keanak-anakan, kebiru-biruan, kehijau-hijauan, kemerah-merahan, kehairan-hairanan, kehitam-hitaman, kekuning-kuningan, kemalu-maluan, lengkap-menglengkapi, mencarik-carikkan, nasihat-menasihati, sebaik-baiknya, selama-lamanya, selewat-lewatnya, ziarah-menziarahi, sehari-harian, bersorak-sorakan, kunjung-mengunjungi, melambat-lambatkan
|
j) Rakyat Malaysia hidup hormat-menghormati
k) Kami akan tiba selewat-lewatnya padapukul 8 malam
l) Anak-anak kucing itu berkejar-kejaran di halaman rumah
m) Dari jauh, pulau itu kelihatan kehijau-hijauan
n) Mukanya kemerah-merahan apabila berlari di bawah matahari
|
Sisipan
|
Jari-jemari, gilang-gemilang, tali-temali, tulang-temulang, turun-temurun
|
o) Majlis hari lahir anak hartawan itu berlangsung gilang-gemilang
p) Ahli arkeologi itu menemui tulang-temulang yang berusia beribu-ribu tahun
|
No comments:
Post a Comment