Search This Blog

Kata Majmuk




Bentuknya
1)      Kata majmuk ialah gabungan dua atau lebih daripada dua patah kata untuk satu kata baru
2)      Kata majmuk dapat dibentuk daripada dua patah kata yang sama kelasnya atau daripada dua patah kata yang berlain kelasnya
3)      Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya tersendiri. Contohnya air dan mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata. Kata majmuk mempunyai maknanya masing-masing. Makna air mata ialah air yang meleleh dari mata apabila menangis.
4)      Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Contohnya cantik jelita bermakna sangat cantik, hancur lebur bermakna hancur sama sekal, sunyi sepi bermakna sangat sunyi
5)      Dua patah kata yang sama atau hampir same maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan
6)      Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang
7)      Kata majmuk dapat dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari
8)      Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terccantum ialah antarabangsa, apabila, bagaimana, bumiputera, daripada, demikian, jawatankuasa, jurumudi, kadangkala, kakitangan, olahraga, pesuruhjaya, setiausaha, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, manakala, dan walaupun
9)      Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah tanah air, air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta

Tugasnya
1)      Kata majmuk mempunyai dua tugas iaitu:
a)      Menetapkan kelas kata dasar. Contohnya
Air – mata = air mata
Lemah – lembut = lemah lembut
Mogok – duduk = mogok duduk
Dari – pada = daripada
Apa – bila = apabila

b)      Mengubah kelas kata dasar. Contohnya
Alim – ulama = alim ulama
Gulung – tikar = gulung tikar
Lalu – lintas = lalu lintas
Cerdik – pandai = cerdik pandai



Kata Majmuk
 Ayat Contoh
 dewan peperiksaan 考场


setiausaha 秘书


hujan asid 酸雨


kerjasama 合作


reka bentuk 设计



guru besar 校长

warganegara 公民
Murid-murid sedang menduduki peperiksaan UPSR di dewan peperiksaan.

Sze Mi dilantik sebagai  setiausaha Persatuan Sains.


Hujan asid membawa pelbagai kesan buruk kepada kita.

Kempen kebersihan itu berjaya atas kerjasama semua penduduk kampung.

Orang ramai tertarik dengan reka bentuk Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Encik Loh bekas guru besar sekolah saya.

Jerry ialah warganegara Malaysia.


Maknanya
1)      Kata majmuk dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
a)      Kata majmuk wajar
b)      Kata majmuk kiasan
2)      Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya yang yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya. Contohnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur
3)      Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Contohnya, buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kena-mengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintainya bukan buah yang bernama hati

Beberapa Contoh Kata Majmuk Wajar
Abuk gergaji
Dengki hati
Jagat raya
Minyak makan
Adapt istiadat
Emas putih
Juling air
Naik taktha
Alih bahasa
Gagah berani
Kaca mata
Olahraga
Bahasa pasar
Gunung berapi
Kerak bumi
Orang gaji
Bakul sampah
Halwa maskat
Kolam renang
Orkes ghazal
Batabg hidung
Hitam manis
Kongsi gelap
Rabun jauh
Cacar air
Hancur lebur
Kuning langsat
Pagar duri
Cakera padat
Hijau laut
Lempar cakera
Sabun mandi
Damar batu
Cantik jelita
Harga borong
Lampu tidur
Ruang angkasa
Ikan parang
Tahan lasak
Udang galah
Darma siswa
Inti sari
Mabuk laut
Uji kaji
Daya cipta
Isi perut
Merah jambu
Wang saku
Rabun dekat
Buah rambutan
Buah ciku
Air laut

Beberapa Contoh Kata Majmuk Kiasan
Akal kancil
Emas kahwin
Isi hati
Nyawa ikan
Anak angkat
Anak emas
Gaji buta
Jauh hati
Otak udang
Gambar hidup
Kacang miang
Pacat kenyang
Anak kunci
Gatalmulut
Kakitangan
Panas hati
Batu loncatan
Gunung paying
Lemah semangat
Panjang tangan
Cepat tangan
Banyak mulut
Habis akal
Main angina
Mulut murai
Patah hati
Buah mulut
Hajat besar
Makan angina
Pasar gelap
Bulan madu
Halwa telinga
Malam buta
Rapat raksasa
Cahaya mata
Harga diri
Mandi keringat
Rendah hati
Campur tangan
Ibu ayam
Bapa ayam
Naik darah
Sampai hati
Cekak musang
Intan baiduri
Nikah gantung
Tangan besi
Naik angin

Ada beberapa perkara asas yang perlu difahami tentang kata majmuk dalam bahasa Melayu. Pertama, pada prinsipnya semua kata majmuk hendaklah ditulis atau dieja secara terpisah. Contohnya, atur cara, keluar masuk, alat tulis, bola lisut dan lebuh raya. Hal ini juga bermakna kata majmuk tidak boleh ditulis secara bercantum atau serangkai, seperti *keretapi, *ubahsuai, *temubual, *gambarajah, *kapalterbang dan *tengahari. Kata majmuk tersebut hendaklah dieja kereta api, ubah suai, temu bual, gambar rajah dan tengah hari berdasarkan rumus bahawa kata majmuk hendaklah ditulis secara terpisah.
     Walau bagaimanapun dalam hal ini, menurut Tatabahasa Dewan terdapat 14 kata majmuk yang masih ditulis secara bercantum, atas dasar pengecualian dan mantap penggunaannya. Lihat senarainya dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual 1 Senarai kata majmuk yang mantap.
1. suruhanjaya8. setiausaha
2. olahraga9. jawatankuasa
3. pesuruhjaya10. tandatangan
4. matahari11. kakitangan
5. antarabangsa12. warganegara
6. sukarela13. kerjasama
7. bumiputera14. tanggungjawab

No comments:

Post a Comment