Search This Blog

Karangan Set 4 Soalan 2

Set 4 Soalan 2

“......Kami berasa sangat gembira kerana banyak memperoleh keuntungan hasil menjual kek cawan pada Hari Keusahawanan sekolah.”

Tulis cerita yang berakhir dengan ayat di atas.

Pada suatu hari, sekolah saya telah mengadakan Hari Keusahawanan. Saya dan beberapa orang kawan bercadang untuk berniaga pada hari tersebut. Selepas berbincang, kami bersetuju untuk menjual kek cawan.

Kami mengumpulkan wang untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan seperti tepung, marjerin, telur dan lain-lain. Kami belajar tentang cara-cara untuk membuat kek cawan daripada ibu Siew Ming. Beliau sangat pandai membuat kek. Kami bercadang untuk membuat kek cawan pelbagai perisa.

Sehari sebelum Hari Keusahawanan, kami berempat membuat kek cawan di rumah Siew Ming. Rasa kek cawan itu sangat sedap. Kami turut menghias kek cawan tersebut supaya lebih menarik.

Semasa Hari Keusahawanan, saya dan Min Min melayan pelanggan dengan mesranya. Siew Ming dan Fatimah pula memasukkan kek cawan yang diberi oleh pelanggan ke dalam kotak kecil. Suasana pada hari itu sangat meriah sekali.

Banyak pelanggan yang datang ke gerai kami. Mereka beratur untuk membeli kek cawan di kedai kami. Mereka memuji keenakan kek cawan kami melalui sampel yang disediakan di gerai kami.

Menjelang petang, kek cawan kami telah habis dijual. Kami mengira keuntungan yang diperoleh. Kami berasa sangat gembira kerana banyak memperoleh keuntungan hasil menjual kek cawan pada Hari Keusahawanan sekolah.

No comments:

Post a Comment