Pada cuti sekolah yang lalu, kamu dan keluarga kamu telah pulang ke kampung. Tuliskan catatan sepanjang kamu berada di kampung.
Jumaat, 8 December 2019
Kami sekeluarga bertolak ke kampung pada pukul 8.00 malam. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati. Perjalanan kami mengambil masa selama 9 jam.
Sabtu, 9 December 2019
Kami tiba di kampung. Kami bersalaman dan bertanya khabar datuk dan nenek. Kami memberikan buah tangan kepada mereka. Kami menikmati hidangan yang disediakan sambil berbual-bual dengan datuk dan nenek.
Ahad, 10 December 2019
Saya mengikut datuk ke kebun sayurnya yang terletak tidak jauh dari rumah datuk. Sayur-sayuran di kebun itu sangat subur. Saya membantu datuk memetik dan menyiram sayur-sayuran.
Isnin, 11 December 2019
Datuk membawa saya ke sebatang sungai untuk memancing ikan. Kami berjaya memancing beberapa ekor ikan seperti ikan baung, ikan haruan dan ikan patin yang agak besar. Emak memasak ikan-ikan tersebut. Rasanya sangat sedap sekali.
Selasa, 12 December 2019
Saya pergi ke rumah sepupu saya, Ikram. Ikram mengajak saya bersiar-siar di sekitar kampung. Kami menunggang basikal sambil menikmati pemandangan indah di kampung.
Rabu, 13 December 2019
Saya dan keluarga saya meminta diri untuk pulang selepas beberapa hari berada di kampung. Pengalaman semasa berada di kampung sangat bermakna. Saya berasa tidak sabar untuk pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment