Set 4 Soalan 1
Bunga mawar bunga matahari,
Untuk dihias di ruang tamu;
Baktimu melimpah setiap hari,
Mendidik kami tanpa jemu.
Cuaca pagi mendung selalu,
Hujan lebat membasahi bumi;
Terima kasih wahai guru,
Kerana sudi mendidik kami.
Pantun di atas menggambarkan jasa dan pengorbanan guru yang tidak ternilai. Oleh itu, sambutan Hari Guru telah diadakan pada setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Pada hari Selasa yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru itu diadakan pada pukul 8.00 pagi di dewan sekolah.
Sambutan Hari Guru telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah. Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru. Semua guru dan murid berkumpul di dewan pada awal pagi.
Guru besar memberikan ucapan perasmian. Beliau berharap agar semua murid sentiasa menghormati guru-guru. Selepas Guru Besar memberikan ucapan, sekumpulan pengawas naik ke pentas. Mereka memberikan sekuntum bunga kepada setiap guru.
Majlis diteruskan dengan persembahan tarian oleh murid tahap dua. Persembahan itu amat menghiburkan hati para guru dan murid-murid. Suasana di dewan sungguh meriah sekali.
Selepas itu, seorang wakil murid naik ke pentas untuk mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Pengorbanan Seorang Guru. Selain itu, persembahan koir juga turut diadakan. Peserta-peserta koir menyanyikan lagu yang bertajuk Guru Insan Mulia dengan merdunya. Guru-guru sangat terharu apabila melihat persembahan murid-murid.
Akhir sekali, semua guru menyertai acara sukaneka di padang sekolah. Kumpulan Cikgu Khor telah memenangi acara yang dipertandingankan. Saya berasa sangat gembira kerana dapat meraikan Hari Guru.
No comments:
Post a Comment