Set 5 Soalan 2
Keluarga kamu akan menyambut perayaan.
Tuliskan karangan tentang persiapan-persiapan yang kamu dan keluarga kamu lakukan untuk menyambut perayaan tersebut.
Pada setiap tahun, saya dan keluarga saya akan menyambut Tahun Baharu Cina. Kami akan membuat persiapan dengan rapinya untuk menyambut Tahun Baharu Cina.
Sebelum hari tersebut, kami membeli-belah di sebuah pusat beli-belah yang terkenal. Kami membeli beberapa pasang baju dan kasut yang cantik untuk dipakai semasa menyambut Tahun Baharu Cina. Ibu dan ayah juga membeli buah limau mandarin.
Selain itu, kami bergotong-royong membersihkan rumah bagai aur dengan tebing. Kami juga menukar langsir baharu. Ibu membeli langsir baharu bagi menggantikan langsir lama yang telah luntur warnanya.
Ayah mengecat dinding rumah dengan warna yang ceria. Ayah turut menampal kertas dinding yang cantik di ruang tamu. Kami berasa gembira kerana rumah kami menjadi semakin cantik dan ceria.
Di samping itu, ibu akan membuat beberapa jenis kuih yang sedap seperti kuih bakul. Saya membantu ibu menyusun kuih tersebut di dalam balang. Kuih-kuih tersebut akan dihidangkan kepada tetamu yang datang.
Akhir sekali, saya menghantar kad ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada saudara-mara dan kawan-kawan. Saya juga mengundang mereka ke rumah saya. Saya berasa tidak sabar-sabar menanti kehadiran mereka.
No comments:
Post a Comment